Friday, 27 April 2012

jangan lupa mimpikan saya........

Assalamualaikum.......tidur-sleep-睡觉-نوم -dormir-眠る-잠- தூங்கு-krohhh krohhh...



Tidur itu seronok tapi tak semua orang suka ikut SUNNAH waktu tidur. Bayangkan kita tidur 5jam sehari dan setiap detik dan waktu tidur itu kita dapat pahala sebab ikut sunnah. Best ke tak best? Mestilah best kan? nak ke tak nak nikmat tu? mesti la nak kan? (*,*)

DEFINISI TIDUR TU APA YA?TIDUR secara mudahnya didefinisikan sebagai berada di dalam keadaan tidak sedar dengan mata terpejam kerana berehat. Ajaran Islam melihat tidur sebagai satu nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia.masyallah syukurnya bila dapat lelap kan mata tambah tambah lagi bila badan rasa penat sangat, emmm tidur pun nikmat juga.
 ha  kat sini saya  nak share  sikit bila masanyer jadi sunat bila kita nak bangunkan orang yang tengah tidur,, hah! adeker? adelaaaa.  "ce citer ce citer"

Pertama: Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah r.a., beliau berkata yang bermaksud:“ Aku keluar bersama Nabi s.a.w untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

perawinya thiqah)



Kedua: Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Ketiga: Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”(Hr Abu Daud – semua


Keempat: Tidur waktu subuh.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:“Tidur subuh menegah rezeki.”(Hr Ahmad – sanad lemah)
Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.


jadi semua dah dapatlah serba sedikit ilmu mengenai tidur ni.... emmm dalam masa  yang sama juga kan nak kongsilah pemerhatian saya selaku student yang masih menuntut kat IPTA ni.memang saya tak nafikan  keadaan student di hostel masing -masing yang mana mereka ni tak terikat lansung dengan peraturan dengan kata lain pengurusan diri laa, maksudnyer kat sini meraka ni (tak semua macam ni ) dah lah jauh dengan keluarga dan menyebabkan segelintir dari mereka kurang mengambil berat soal tidur mereka tambah-tambah lagi  dengan hiburan yang mereka miliki sedikit sebanyak mereka lalai.maksud lalai kat sini lupa nak tidur, kadang sampai pukul 2 ke pukul 3 baru tidur selepas selesai tugasan berchating @ surf internet , borak dengan kkawan kawan. x dinafikan ade yang mengulang kaji pelajaran dan siapkan assingment. emm apapun gejala ini memng ternyata kurang baik untuk kesihatan tubuh badan...

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik ialah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10 malam. Waktu-waktu yang tidak seharusnya kita tidur ialah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.
Menurutnya, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.
hah itu dia yang cakap tp kalau kita cuba praktik ppun kita yang dapat manfaat




Adab-Adab tidur
 Abu Bakar Jabir al-Jaza’iri dalam Minhaj al-Islam telah menghimpunkan adab-adab tidur dalam Islam seperti berikut :

1. Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti bermuzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi s.a.w. membenci untuk tidur sebelum solat Isyak.

2. Berwuduk sebelum tidur. Sabda nabi s.a.w. jika kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat.

3. Mulakan tidur atau berbaring atas rusuk kanan sebagaimana sabda nabi s.a.w. kepada al-Barra’ Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan.

4. Jangan tidur dengan cara meniarap yang menekan perut kerana sabda nabi s.a.w. Sesungguhnya cara tidur meniarap adalah tidur ahli neraka.

5. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah s.a.w. seperti membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali atau membaca surah al-Fatihah dan awal surah al-Baqarah sampai al-muflihun, ayat Kursi dan akhir surah al-Baqarah daripada lillahi ma fis samawat…. hingga akhir dan sebagainya.

Alhamdulillah.Allahuakbar......
islam itu indah sebenarnya. segala tindak tanduk perilaku kita tutur kata hinggalah ke dasar hati kita ALLAH itu maha tahu dan indahnya semua amalan kita mengikut syariatnya . sehinggakan tidur pun ada adabnya.betapa nikmatnya tidur dan islam mengaitkannya dengan prinsip-prinsip kesihatan dan bersifat alami demikian ajaran yang dibawa oleh islam begitu syumul dimata ku, dan saya juga berharap begitu .......selamat beristirehat (*^*) heeeee.Assalamualaikum_Qis

sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2004&dt=0721&pub=utusan_malaysia&sec=bicara%5Fagama&pg=ba_01.htm&arc=hive,

No comments:

Post a Comment